Di lereng bukit ini tertera nama "M-2 H-SENTOSA" menunjukkankan bahawa anda berada di hadapan Wad Lelaki 2, Hospital Sentosa Kuching.
Pada tahun 1953 perancangan untuk membina sebuah hospital mental yang mempunyai 338 buah katil telah dipersetujui namun pembinaan hanya bermula pada tahun 1957 di atas keluasan 46.98 ekar tanah di Batu 7, Jalan Penrissen, Kuching. Anggaran kos pembinaan adalah sekitar RM2.5 juta yang mana RM1.5 juta dibiayai oleh Kerajaan British.
Gabenor Sir Anthony Foster Abell (3rd Governor Crown Colony of Sarawak).
Tun Datuk Patinggi (Dr) Haji Ahmad Zaidi Adruce bin Muhammed Noor, Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang ke-5 (Governor of Sarawak)
Para pesakit kemudiannya dipindahkan dari blok lama Hospital Umum Sarawak ke hospital ini pada 22 Mei 1958. Hospital ini diisytihar secara rasmi pembukaannya oleh Sir Anthony Abell pada 6 Jun 19578. Nama asal hospital ini ialah Hospital Mental Sarawak tetapi kemudian ditukar nama kepada Hospital Sentosa pada 1 Ogos 1998 yang telah dipilih dan diumumkan oleh Tuan Yang Terutama, Gabenor Sarawak Datuk Patinggi Haji Ahmad Zaidi Adruce bin Mohd. Noor.
‘Sentosa’ ialah perkataan dari bahasa Melayu yang dicedok dari perkataan Sanskrit iaitu ‘Santosh’ atau ‘Santoshm’ yang membawa maksud ketenangan minda dan kedamaian. Perkataan ini sangat bersesuaian untuk mencerminkan sebuah hospital mental.
Pemandangan atas bukit yang tenang di mana Wad Lelaki 2 berada.
Pada asalnya, lokasi di atas bukit ini (seperti gambar di atas) dimiliki oleh Wad Sakit Kelas 2 (2nd Class Sick Ward). Kemudian, pada tahun 1980-an ia diambil alih oleh Wad Lelaki 1 dan Wad Wanita 1 sekaligus. Hanya setelah tahun 1990 barulah Wad Lelaki 2 dipindahkan ke lokasi ini. Keadaan ini kekal sehinggalah sekarang (2018).
Pada mulanya, wad ini tidaklah memiliki pesakit yang ramai. Namun kini, wad ini menempatkan seramai 42 orang pesakit semuanya. Sebahagian daripada mereka telah tua dan uzur. Dari masa ke semasa, pelbagai usaha telah dibuat untuk menjejak ahli-ahli keluarga mereka. Pengumuman di surat-surat khabar, melalui siaran radio, panggilan telefon dan sebagainya. Ada yang berjaya dijejak dan ada yang tidak. Namun akhirnya tiada kata putus. Kesimpulannya, boleh dikatakan kesemua pesakit-pesakit ini akan berada di wad ini sehingga ke akhir hayat mereka.
Sumber: Arkib Wad Lelaki 2, Hospital Sentosa Kuching. Sarawak.
No comments:
Post a Comment