Pintu masuk ke bangunan utama Hospital Sentosa Kuching.
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera kepada semua. Selamat datang ke blog "M2 Hospital Sentosa Kuching" @ "Wad Lelaki 2, Hospital Sentosa Kuching, Sarawak".
Blog ini kami (admin) terbitkan adalah sebagai sumber info kepada anda semua (para pembaca) terutamanya pelajar-pelajar KSKB (Kolej Kesihatan Sains Bersekutu), Unimas, kolej-kolej swasta dan seumpamanya. Ia juga boleh menjadi rujukan di kemudian hari sekiranya kami (juga anda) bercadang untuk membuat majalah, jurnal bercetak, presentasi, banner, montaj, slideshow, video lagu KKM, video sambutan dan lain-lain. Ringkasnya, blog ini diwujudkan adalah sebagai perkongsian info semata-mata. Insyaallah. Diharap ia akan dapat membantu.
Walaupun tajuk blog ini adalah "Wad Lelaki 2, Hospital Sentosa Kuching", namun isi kandungan yang akan dimuatkan ke dalam blog ini nanti tidaklah khusus dan terhad kepada hal-ehwal "Wad Lelaki 2" sahaja. Malah, juga memuatkan pelbagai aktiviti dan hal-ehwal berkaitan dengan "Hospital Sentosa Kuching" secara amnya. Ini tentu seiring dengan tujuan blog ini diwujudkan seperti yang telah dinyatakan sebelum ini.
Akhir sekali, sekiranya terdapat kekurangan dan sesuatu yang kurang sesuai dimuatkan ke dalam blog ini, silalah jangan segan-segan untuk menghubungi admin. Setiap sesuatu yang baik akan berakhir dengan kebaikan jua hendaknya. Insyaallah.
Sekian. Terima kasih.
Admin,
PPP Suhadi Sahari
1st Editor
No comments:
Post a Comment