Saturday, 27 January 2018

Soalan-Soalan Lazim Yang Pernah Kami Terima

Berikut adalah soalan-soalan lazim yang pernah kami terima di blog "M2 Hospital Sentosa Kuching" ini. Jawapan disertakan.


1. Pernahkah berlaku ada di kalangan pesakit mental di dalam wad menjadi agresif dan ganas? Jika mereka menjadi ganas ingin menyerang, apakah tindakan tuan?

Jawapan:

Memang pernah tapi tidak menentu kekerapannya. Boleh jadi 1 bulan 1 kali sahaja, boleh juga 1-2 minggu 1 kali, malah boleh juga menjadi lebih kerap daripada itu. Ada yang agresif dari suara (verbal) sahaja dan kalau boleh dipujuk, alhamdulillah. Tapi bagi pesakit yang menjadi agresif kerana tidak mahu dirawat, disuntik, tidak mahu makan ubat (atau apa jua penyebabnya) sehingga pesakit menyerang kakitangan bertugas, kami akan memanggil pihak doktor dengan segera. Selepas itu, terpulanglah kepada doktor tersebut nanti menentukan apa yang akan dilakukan kemudiannya. Kami akan mengikut arahan doktor tersebut. Mungkin pesakit terpaksa dipujuk berkali-kali. Mungkin terpaksa di"restrain" (diikat) untuk disuntik ubat penenang. Atau mungkin juga terpaksa dipindahkah ke Wad Lelaki 1 (wad akut) untuk pemantauan. Terpulanglah kepada arahan pihak doktor tadi.


2. Sekiranya pesakit menjadi agresif, apakah benda-benda yang boleh menjadi senjata beliau untuk menyerang?

Jawapan:

Apa-apa sahaja yang ada di sekeliling boleh saja menjadi senjata untuk pesakit menyerang, hatta anggota di badan beliau sendiri pun boleh menjadi 'senjata' yang merbahaya jika betul caranya. Contohnya: Jari telunjuk boleh saja tiba-tiba digunakan oleh pesakit untuk mencucuk mata kakitangan (yang datang merawat). Maka, kalau anggota badan sekecil jari telunjuk boleh menjadi sangat merbahaya, inikan pula apa-apa yang ada di sekeliling seperti kayu, besi, senjata tajam, bangku, meja, pinggan kaca, pensil, sudu, garpu, tali, tali pinggang, penyapu, payung dan sebagainya. Awasi setiap gerak-geri pesakit, peka terhadap perubahan "mood" beliau dan jarakkan sedikit diri anda daripadanya. Agar jika terjadi sesuatu, anda sempat untuk bertindak.


Jari telunjuk boleh saja menjadi senjata yang merbahaya. Awas!


 Awasi gerak-geri pesakit sepanjang masa, sentiasa peka terhadap apa jua senjata tajam. Pastikan bilik makan (pantry) sentiasa berkunci dan pisau disimpan dengan selamat.



Semakin kecil senjata itu semakin sukarlah ia untuk diketahui berada di tangan pesakit. 
Pisau kecil seperti di atas boleh saja dimiliki oleh pesakit tanpa pengetahuan kakitangan wad. Walaupun pesakit berada di dalam wad yang berkunci, namun apakah tiada kemungkinan mereka mendapatkannya daripada pesakit-pesakit yang bebas di luar wad? Awas!

 

3.
..akan dtg.. 


1 comment:

  1. kalau saya ingin melakukan kerja-kerja kesukarelaan berkala di Hospital Sentosa apa tugas-tugas yang boleh saya bantu?.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...