Wednesday, 28 March 2018

Dayak Daily: "Orang Ramai Digesa Jumpa Doktor Psikiatri, Bukan Bomoh Kalau Menghadapi Masalah Mental" (Keratan Akhbar)


KUCHING: "Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak mahu penduduk negeri ini yang mengalami masalah mental terlebih dahulu bertemu doktor psikiatri di Hospital Sentosa di bandaraya ini bagi mendapatkan rawatan dan bukannya terlebih dahulu mendapatkan rawatan dari bomoh atau dukun.

Menterinya, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata demikian berikutan doktor psikiatri hospital sakit mental terbabit memaklumkannya yang ramai penduduk negeri ini hanya akan mahu bertemu dengan mereka setelah masalah mental dihadapi menjadi serius dan ada di peringkat yang sudah lewat dirawati.

"Ini kerana mereka biasanya akan mencari kaedah rawatan lain terlebih dahulu sebelum bertemu dengan doktor di hospital terbabit, adakalanya dengan bomoh atau dukun kerana beranggapan yang masalah mental mereka disebabkan terkena sihir atau ilmu hitam orang lain," katanya ketika mengadakan sidang media bersama warga Hospital Sentosa mengenai Persidangan Kesihatan Mental Sarawak Ke-5 di pejabatnya di Bangunan Baitulmakmur, Petra Jaya di sini, hari ini...


Untuk terus membaca, sila klik... https://dayakdaily.com/orang-ramai-digesa-jumpa-doktor-psikiatri-bukan-bomoh-kalau-menghadapi-masalah-mental/

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...