Saturday, 24 March 2018

Memberi Taklimat Kepada Para Pelatih Yang Ditempatkan Ke Hospital Sentosa Kuching

PPPK Shamsul sedang memberi taklimat kepada para pelatih PPP daripada KSKB (Kolej Sains Kesihatan Bersekutu).





Pelatih-pelatih PPP dan Jururawat selalu ditempatkan ke wad-wad dan unit-unit tertentu di Hospital Sentosa ini. Ada pelatih yang datang daripada KSKB (Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Kuching), Unimas, kolej-kolej swasta seperti SEGI College, ITA, I-System dan seumpamanya. Sewaktu mula penempatan mereka, wad-wad atau unit-unit yang terlibat (selalunya melalui PPP in-charge atau Jururawat in-charge) akan memberi orientasi dan taklimat ringkas kepada mereka. Ini penting agar mereka tahu tujuan penempatan tersebut, tahu selok-belok setiap unit, sedar akan risiko-risiko yang bakal dihadapi dan seumpamanya. Semasa taklimat beginilah pelbagai info yang perlu akan dikemukakan kepada mereka untuk dijadikan panduan.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...