Wednesday, 28 March 2018
Utusan Online: "Kurangkan Stigma Terhadap Pesakit Mental" (Keratan Akhbar)
KOTA SAMARAHAN: Orang ramai diminta mengurangkan stigma terhadap pesakit mental bagi membantu golongan itu pulih dengan cepat dan seterusnya menjalani kehidupan normal.
Pakar Psikiatri Hospital Sentosa, Dr. Rosliwati Md. Yusoff berkata, jumlah pesakit mental menunjukkan peningkatan bagi kes baharu di seluruh negeri ini pada setiap tahun.
Katanya, pesakit mental juga berada pada kedudukan teratas dalam senarai penyakit gangguan minda, diikuti penyakit kemurungan dan bipolar.
"Bagaimanapun di kawasan luar bandar agar sukar dihubungi secara logistik, kita dapati kesedaran itu masih kurang apatah lagi masyarakat belum mengetahui bahawa penyakit mental jika dirawat sejak awal akan mempercepatkan proses pemulihan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam Kempen Kesedaran Kesihatan Minda (Program Stigma Shout) di Kampung Bumbok, Bau dekat sini semalam...
Untuk terus membaca, sila klik... http://ww1.utusan.com.my/utusan/Sabah_&_Sarawak/20140919/wb_03/Kurangkan-stigma-terhadap-pesakit-mental
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment