Cenderahati penghargaan diserahkan kepada wakil Jabatan Pertanian (Bahagian Perikanan) yang sudi menyumbangkan anak-anak ikan tilapia dalam perasmian ini.
Serba sedikit amanat daripada wakil Jabatan Pertanian kepada warga Hospital Sentosa.
Dr Ismail (Pengarah Hospital Sentosa Kuching) sedang melepaskan anak-anak ikan.
Pada Januari 2018 yang lepas telah berlangsung perasmian kolam ikan Hospital Sentosa yang telah diusahakan oleh Seksyen PPP (Penolong Pegawai Perubatan) yang diketuai oleh PPPK Boniface.
Para PPP daripada pelbagai unit dan wad yang ada di hospital ini telah mengambil inisiatif untuk bergotong-royong menggali dan menghidupkan semula sebuah kolam yang telah lama terbiar. Akhirnya, usaha ini telah membuahkan hasil dengan perasmian tersebut. Terima kasih kepada Jabatan Pertanian, Bahagian Perikanan kerana sudi menyumbangkan 4 plastik besar anak-anak ikan tilapia hitam.
Majlis ini dihadiri oleh pegawai-pegawai atasan daripada Hospital Sentosa dan turut hadir adalah Dr Ismail iaitu Pengarah Hospital Sentosa ketika ini.
Tahniah kepada semua PPP yang terlibat menjaya usaha ini dan terima kasih kepada seluruh pihak yang terlibat secara langsung atau pun tidak langsung dalam misi ini.
No comments:
Post a Comment