Wednesday, 7 February 2018

Gambar Dulu-Dulu Daripada Wad Lelaki 2, Hospital Sentosa Kuching

PPK Abg Rahim sedang memandikan pesakit. Beliau masih lagi berada di Hospital Sentosa ketika ini (2018) iaitu di Wad Lelaki 1. Muda sungguh rupa beliau ketika gambar ini diambil (2004).

 PPPK Nopek iaitu PPPK yang menguasa Wad Lelaki 2 ketika itu sedang melakukan tugas. Beliau telah pun bersara pada awal tahun ini tadi (2018).

 
PPP Ashak sedang mengendalikan komputer. Beliau masih lagi bertugas di wad ini ketika ini (2018).

 Seorang PPP (telah bersara) sedang mengetuai nyanyian lagu Negaraku sebelum memulakan aktiviti bersenam.


PPP Ashak sedang mengambil sampel darah pesakit dan dibantu oleh seorang PPK.

 Memotong kuku pesakit.

PPK Ahmad sedang menggunting rambut pesakit dan dibantu oleh seorang kakitangan wad yang lain. PPK Ahmad masih lagi bertugas di sini ketika ini (2018).  

Mencukur janggut dan misai pesakit.

 PPK Ahmad melakukan riadah bersama pesakit di halaman luar wad.

 PPP Ashak beriadah bermain sepak bola bersama pesakit.

 PPP di atas sedang memberikan tunjuk ajar kepada pesakit sebelum memulakan aktiviti.

PPK Ahmad sedang memantau pesakit yang sedang melakukan aktiviti berkebun. 

 
PPPK Nopek di kaunter hadapan merancangkan sesuatu.

Encik Bujang sedang melakukan tugas. Beliau masih lagi bertugas di wad ini ketika ini (2018).

 

 
Aktiviti mencuci pinggan mangkuk.

Aktiviti memberus gigi.

Aktiviti berkaraoke di bilik riadah Wad Lelaki 2.

Aktiviti berkebun.

Aktiviti menyemai benih bunga-bungaan dan tanaman.

Aktiviti bersosial sesama pesakit.

Gambar-gambar di atas telah diambil pada sekitar tahun 2004-2007. Apabila melihat gambar-gambar lama sebegini tentunya menggamit kenangan di hati kami. Lihatlah PPK Rahim, sungguh muda rupa beliau ketika itu. Begitu juga PPK Ahmad dan PPP Ashak. Dalam tempoh belasan tahun itu, tentu banyak perubahan telah berlaku. Ada kakitangan yang telah pun bersara dan ada yang telah berpindah ke tempat lain. Para pesakit pun nampak bukan main muda dan cergas lagi ketika itu. 

Perubahan tidak saja berlaku pada kita manusia, malah juga Wad Lelaki 2 dan Hospital Sentosa ini sendiri. Banyak renovasi telah berlaku. Keadaannya tidak seperti belasan tahun yang lepas.

Peralatan-peralatan yang digunakan juga turut berubah. Ada yang telah rosak, ada yang ketinggalan dan tidak lagi dapat dipakai seperti komputer di atas. Sayang sekali sebab semua gambar-gambar yang berada di dalamnya tidak dapat kita ambil lagi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...