Tuesday, 20 February 2018

Mengemaskini Aplikasi HRMIS (Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia)

 PPPK Sampar sedang mengemaskini aplikasi HRMIS bersama PPP Cyril C.



Aplikasi HRMIS (Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia) amat penting dikemaskinikan dari masa ke semasa khususnya kepada para penjawat awam. Ini penting untuk memastikan segala maklumat yang berkenaan dengan penjawat tersebut adalah tepat dan terkini. 

Pelbagai hal-ehwal berkenaan penjawat awam tersebut terkandung di dalam aplikasi HRMIS. Di antaranya adalah pengurusan cuti, pengurusan perubatan, imbuhan tahunan, pengurusan gaji, laporan penilaian prestasi tahunan, sasaran kerja tahunan, pengistiharan harta, rekod peribadi, pelan kerjaya dan seumpamanya.

Aplikasi HRMIS boleh dilayari di sini... http://www.eghrmis.gov.my/

Pada post (artikel) yang akan datang, kami akan sertakan video tentang betapa pentingnya aplikasi ini untuk penjawat awam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...