Tugas merobohkan tembok-temboh di dalam wad sedang dijalankan.
Dr Ismail (Pengarah Hospital Sentosa) sedang memberi taklimat ringkas sebelum gotong-royong dimulakan. Berbaju hijau adalah PPPK Sampar iaitu pegawai yang menguasa Wad Lelaki 2 ini.
Aktiviti ini melibatkan semua wad dan unit yang terdapat di Hospital Sentosa, lelaki mahupun wanita.
Inilah penglibatan kakitangan dari wad wanita untuk menjayakan gotong-royong ini.
Masa untuk makan sebentar.
Tuan Pengarah (Dr Ismail) dan PPPK Sampar sempat bergambar kenangan bersama kakitangan-kakitangan yang terlibat menjayakan aktiviti gotong-royong tersebut.
Pada mulanya, wad ini adalah Wad Sakit Kelas 2 (2nd Class Sick Ward). Kemudian, ia diambil alih oleh Wad Lelaki 1 bersama dengan Wad Wanita 1 (serentak). Akhirnya, barulah Wad Lelaki 2 berpindah ke sini. Sila lihat Sejarah Wad Lelaki 2 untuk info lanjut tentang perubahan ini.
Walaupun, Wad Lelaki 1 dan Wad Wanita 1 (wad-wad akut) tidak lagi di sini, namun peninggalan mereka iaitu tembok-tembok penghalang masih lagi ada. Ia tidaklah berapa sesuai jika terus berada di wad ini (Wad Lelaki 2) kerana kini wad ini merupakan wad kronik.
Sebahagian besar penghuni wad kini adalah orang-orang tua yang uzur. Jika tembok-tembok ini terus berada di antara setiap 2 katil pesakit, tentu sukar untuk kakitangan yang bertugas memonitorkan perkembangan pesakit secara terus. Begitulah al-kisah.
No comments:
Post a Comment