Sunday, 4 February 2018

Latihan Kebakaran (Fire Drill) Di Hospital Sentosa Kuching

 PPK Ahmad dan PPP Joenajer memantau keselamatan pesakit di kawasan terbuka.

 Kebakaran sedang berlaku dengan pantas di Hospital Sentosa Kuching.

PPK Ahmad menolong pesakit yang uzur beredar ke tempat yang selamat.


PPP Iskandar sedang memantau para pesakit yang bergerak ke tempat selamat.

 Para pesakit dari Wad Lelaki 2 ini dikumpul di padang yang terbuka untuk memastikan keselamatan mereka.

 Pesakit-pesakit dari wad-wad lain juga dikumpulkan bersama di sini. Sambil dipantau keselamatan mereka oleh kakitangan-kakitangan yang terlibat.

Di atas adalah gambar-gambar yang diambil semasa latihan kebakaran (fire drill) yang dianjurkan oleh Jabatan Bomba pada awal tahun 2017 di Hospital Sentosa Kuching. Semua wad terlibat dalam latihan ini termasuk Wad Lelaki 2. Latihan ini sangat baik dilakukan kerana ia memberi pengetahuan tambahan kepada kakitangan-kakitangan yang bertugas dan para pesakit. Bak kata orang, "malang tidak berbau". Jadi, "sediakanlah payung sebelum hujan".

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...