PPK Khairudy dan PPK Hanafi sedang membahagi-bahagikan makanan kepada pesakit.
Di Wad Lelaki 2 ini, pesakit akan diberi makan sebanyak 5 kali sehari. Iaitu 3 makan utama dan 2 makan sampingan. Ia meliputi sarapan pagi (breakfast), makan ringan di antara, makan tengahari (lunch), makan petang (dinner) dan makan ringan di antara (supper). Tugas ini akan dilakukan oleh PPK yang bertugas dan diselia oleh PPP yang bertugas.
Walaupun di dalam gambar nampak biasa, namun tugas ini sebenarnya tidaklah semudah yang disangkakan. Setiap pesakit mempunyai diet masing-masing seperti diet lembut (soft diet), diet tinggi protien, diet diabetik 1800 kcal, diet tinggi fiber dan sebagainya. Diet-diet yang pelbagai ini dirancang oleh Pakar Pemakanan (Dietician) yang bertugas di dapur.
Sementara bagi pesakit-pesakit yang mempunyai masalah-masalah tertentu seperti tiada gigi kerana sudah tua, ayam atau ikan yang perlulah diasingkan daripada tulang terlebih dahulu sebelum diberi kepada pesakit. Bagi pesakit-pesakit diabetik, diet diabetik mengikut kalori yang ditetapkan akan diberikan. Ada juga pesakit yang terencat akal dan jika makan, dia akan makan dengan gelojoh sekali. Pesakit seperti ini perlulah dipantau semasa makan kerana ditakuti tercekik.
No comments:
Post a Comment