Friday, 9 February 2018

Gotong-Royong Membuat Pemegang Besi Di Tangga Belakang Wad Lelaki 2, Hospital Sentosa Kuching

 PPP Joenajer sedang membuat lubang di atas lantai simen menggunakan drill.

  PPPK Ali kelihatan menggunakan tukul untuk membuat lubang di lantai simen.

 PPP Cyril C. kelihatan mengendalikan disc cutter dan angle grinder untuk memotong besi paip.


 PPP Joenajer membantu menahan besi tersebut agar tidak bergerak supaya mudah untuk disambung menggunakan welder.

 Gambar sebelum.

 Gambar selepas besi pemegang dipasang.

Di atas adalah gambar-gambar yang diambil semasa melakukan aktiviti gotong-royong untuk menyiapkan pemegang besi di tangga belakang wad pada tahun lepas. Aktiviti ini disertai oleh pihak Hospital Sentosa bersama dengan 1Medicare.

Lihatlah gambar sebelum dan selepas besi pemegang itu dipasang. Nampak lebih selamat daripada sebelumnya. Wad Lelaki 2 ini dihuni oleh pesakit-pesakit mental yang kebanyakannya telah berumur dan uzur. Lihat saja tangga yang curam itu. Bayangkan jika tiada pemegang besi seperti di atas. Jika pesakit yang telah tua itu terjatuh, tentu akan mengundang pelbagai masalah. Apalagi jika tangga menjadi licin semasa musim hujan.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...