Friday, 9 February 2018

Gotong-Royong Memasang Pagar Besi Di Tangga Hadapan Wad Lelaki 2, Hospital Sentosa Kuching

 PPPK Nopek (PPPK yang menguasa Wad Lelaki 2 ketika itu) kelihatan membantu.

 Pekerja-pekerja 1Medicare juga menyertai gotong-royong ini.

 Memotong besi paip menggunakan disc cutter.


Pagar penahan besi yang telah siap sepenuhnya.


Di atas adalah gambar-gambar yang diambil pada salah satu daripada aktiviti gotong-royong memasang pagar besi di tangga hadapan Wad Lelaki 2 ini. Aktiviti ini disertai oleh pihak Hospital Sentosa dan juga pihak 1Medicare dengan besi disumbangkan oleh Badan Kebajikan Hospital Sentosa. 

Usaha ini bermula pada tahun 2016 lagi dan dapat disiapkan pada tahun 2017 yang lepas. Lihat saja gambar pertama di atas. PPPK Nopek iaitu PPPK yang menguasa Wad Lelaki 2 ketika itu turut menyumbangkan tenaga. Kini beliau telah bersara pada Januari 2018 yang lepas.

Lihat pula gambar-gambar terakhir pada artikel ini. Bukan main tinggi dan curam lagi tangga ini kerana ia dibina merentangi sebuah kaki bukit. Sesiapa saja yang menggunakan tangga ini baik kakitangan wad, doktor, para pelatih atau pelawat, tentu saja semput dibuatnya. 

Bayangkan saja jika pesakit-pesakit daripada Wad Lelaki 2 ini yang menggunakannya. Para pesakit di wad ini sebahagiannya telahpun berumur dan uzur. Tentu saja boleh mengundang bencana jika terjatuh. Jadi, gotong-royong memasang pagar besi atau penahan seperti di atas adalah keputusan yang tepat.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...